Bakat terpendam

View previous topic View next topic Go down

Bakat terpendam

Post  cangakbewak on Tue Apr 13 2010, 02:14

assalamualaikum..

sy nk brtnya kpd pkar kaunseling..

1.Bagaimna nk mengesan kemahiran dan bkat yg terpendam

2. Bgaimna nk menyerlahkan nkat tersebut

hrap mnjwab..syukran jazilan Very Happy

cangakbewak

Posts : 3
Join date : 05/04/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: Bakat terpendam

Post  Iswandee on Tue Apr 13 2010, 07:29

Bagaimana hendak mengesan kemahiran atau bakat yang terpendam dalam diri?
1. Reaksi Spontan
Sebagai contoh Anda menghadiri kenduri kahwin. Adakah Anda akan terus berbual dengan tetamu yang hadir atau dengan orang yang baru Anda kenali? Adakah Anda akan mengambil segelas minuman, lalu berdiri di tepi pokok sambil mengamati orang lain? Atau adakah Anda sibuk dengan handphone sambil mengirim SMS kepada rakan dan tidak peduli dengan majlis yang sedang berlangsung? atau terus ambil makanan dan makan..semua ini menjurus ke arah keperibadian diri sendiri..adakah Anda seorang yang introvert atau extrovert.Adakah anda jenis orang yang praktikal atau analitikal? Apa yang ingin ditekankan di sini ialah mengenali reaksi spontan diri sendiri. kesemua reaksi spontan ini merujuk kepada bakat kognitif yang ada pada diri sendiri yang lebih dikenali sebagai keperibadian.

2. Tanda Masa Kecil
Tanda masa kecil (yearnings) menunjukkan bakat semulajadi Anda.
saya bagi satu contoh....
Anna Mary Robertson Moses lahir di pertanian dekat New York. Sejak kecil dia senang mencampur warna, dan membuat sketsa indah dari berbagai buah-buahan. Namun kehidupan pertanian membuatnya tak lagi melukis hingga 40 tahun lamanya. Pada usia 78 tahun barulah dia memiliki waktunya untuk melukis. Selama 23 tahun kemudian hingga saat kematiannya, Moses melukis ribuan karya, dan kemudian terkenal sebagai pelukis Grandma Moses. Untuk pengesahan tanya cikgu Salawi/ Cikgu Jamaliah siapa perempuan ini dan kisah di sebalik kejayaannya

Jadi apakah ciri bakat anda semasa kecil? cuba rujuk dengan ibu/bapa akan kecenderungan anda masa kecil, mungkin boleh membantu

3. Cepat Belajar
Cepat belajar (rapid learning/ fast learning) merupakan tanda bahawa Anda berbakat pada bidang tersebut. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu, sampai suatu ketika bila mendapat kesempatan atau diberi ruang mempelajari sesuatu baru, dan… blam! rasa begitu mudah menguasainya.

satu contoh...

JK Rowling,juga tidak sedar mempunyai bakat terpendam iaitu mendongengkan cerita, penulis Harry Potter yang buku terakhirnya terjual 8.9 juta hanya dalam masa 24 jam di Amerika. Bermula sebagai pelayan toko. Hidupnya susah kerana pendapatan yang cukup makan. Tak disangka dia ternyata berbakat dalam mendongengkan cerita. Setiap malam dia mendongengkan kepada anaknya, yang kemudian anaknya pula menceritakan pula kepada rakan-rakannya dan mendapat reaksi positif dari masyarakat setempat.Dari situlah muncul motivasi untuk menulis buku fiksyen Harry Potter yang ternyata begitu mendapat sambutan luar biasa di pasaran.Kini dia merupakan wanita kedua terkaya di dunia selepas Ratu Elizabeth.

Pernah makan KFC?

Tentunya Anda juga tahu dengan Kolonel Sanders. Dia memulakan bisnes ayam goreng di usia 66 tahun. Ternyata bisnes restoran adalah sesuatu yang menarik dan mudah untuk dia pelajari.

Kalau ada bidang yang Anda begitu cepat menguasainya dan mahir, mungkin di situlah bakat Anda

4. Kepuasan
Untuk mengetahui samada kita berada di landasan yang betul, cuba kita lihat adakah kita merasa puas dengan apa yang kita lakukan. Orang-orang yang berjaya di pelbagai bidang menunjukkan kepuasan terhadap pekerjaan mereka, baik pekerjaan itu menghasilkan banyak wang mahupun tidak. Kalau Anda puas melihat orang lain berjaya dan cemerlang dengan bimbingan serta tunjuk ajar kita, maka berkemungkinan anda berbakat sebagai pendidik...kalau anda puas dalam merekacipta sesuatu yang baru, mungkin anda berbakat menjadi pereka..jika anda puas menjelajah keserata pelusuk dunia kemungkinan besar anda berbakat menjadi explorer, seperti Marco Polo dan Ibnu Batutah.

Apa saja yang membuat Anda puas?

Apa saja keadaan anda sekarang tidak ada salahnya jika kita terus mencari dan menggilap bakat yang ada..kadang-kadang dah ada di depan mata namun kita saja yang tidak peka bahkan alpa dengan yang ada...Seperti kata pepatah timur, ” Setiap diri kita ini mempunyai misi, tugas kita adalah menemukan dan menjalaninya.”

Moga dengan keterangan di atas membantu anda sedikit sebanyak...tiada yang pakar di sini melainkan sama-sama belajar dan berkongsi ilmu yang ada.

salam

Iswandee

Posts : 8
Join date : 12/04/2010

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum