apa yg seronok kat al mashoor

View previous topic View next topic Go down

apa yg seronok kat al mashoor

Post  M.Al-Hafiz on Sat Jan 29 2011, 03:05

bleh blajar agama lbh mndlm

M.Al-Hafiz

Posts : 1
Join date : 29/01/2011
Age : 20
Location : BJ

View user profile

Back to top Go down

Re: apa yg seronok kat al mashoor

Post  Amirul al-Asyraf on Sat Feb 12 2011, 05:22

alhamdullillah dapat belajar b.Arab.............

Amirul al-Asyraf

Posts : 1
Join date : 27/01/2011
Age : 19
Location : sungai petani, kedah

View user profile

Back to top Go down

nak tahu...apa yg seronok

Post  Admin on Sun Feb 13 2011, 04:54

ape lagi, belajar la...belajar, belajar & belajar..he..he..

Admin
Admin

Posts : 41
Join date : 03/04/2010

View user profile http://smashs4e.forumotion.com

Back to top Go down

HHEHEHEHE

Post  enrique_47 on Sun Feb 12 2012, 22:15

HEHHEHEE
Attachments
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB.docx You don't have permission to download attachments.(12 Kb) Downloaded 2 times

enrique_47

Posts : 3
Join date : 29/01/2012
Age : 17
Location : Kampung Masjid Teluk Kumbar

View user profile

Back to top Go down

Apakah perkara yang seronok di Al-Mashoor.

Post  Aiman Hamzah on Thu Oct 25 2012, 12:18

Assalamualaikum, salam bumi Al-Mashoor. Berdasarkan soalan di atas, saya ingin kongsikan beberapa peristiwa yang menarik dan seronok yang saya alami di sini. Ketika hari pertama bersekolah di SMKA Al-Mashoor (Lelaki), saya telah berkenalan dengan sahabat-sahabat dari seluruh negeri Pulau Pinang. Ada yang hadir dari Kepala Batas, Bayan Lepas, Balik Pulau dan ada juga dari Tanjung (Georgetown).

Semasa minggu ta'aruf di sini, saya telah mendapat ramai kawan dan mengenali guru-guru yang mengajat saya ketika di Tingkatan 1 Zaid. Saya masih ingat bahawa ketika itulah, saya dilantik oleh guru kelas, Cikgu Suzana sebagai Ketua Tingkatan dan telah mendapat sokongan serta sambutan yang menggalakkan oleh rakan-rakan sekelas. Ketika di tingkatan satu, saya masih janggal dengan suasana di sini. Saya masih belum mengenali sahabat-sahabat dari kelas lain.

Selepas itu, semasa berada di aras tiga, Tingkatan 2 Zaid, saya telah diberi tanggungjawab sebagai Pengawas. Ketika itulah, saya telah mempelajari sikap-sikap peribadi seorang pemimpin dan ketika itu juga rakan-rakan memperlekeh saya dan bergurau-gurauan. Saya tidak mengambil kisah tentang perkara tersebut. Pada masa inilah, hubungan saya dengan guru-guru Al-Mashoor semakin rapat akan tetapi, hubungan saya dengan rakan-rakan setingkatan masih kurang rapat.
Akhir sekali, semasa berada di Tingkatan 3 Zaid, sebelum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya telah dicurahkan ilmu secukupnya oleh guru-guru yang berdedikasi dan sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang semata-mata untuk mencurahkan ilmu bagi bekalan saya dan rakan-rakan seperjuangan yang menduduki PMR. Pada masa yang sama, hubungan saya bersama rakan-rakan dari tingkatan tiga semakin rapat. Hal ini berlaku ketika kami terlibat dengan program-program sekolah yang berkenaan dengan PMR. Hal ini juga menjadi perkara yang seronok di Al-Mashoor.

Selepas menduduki PMR, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan didedahkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama seperti pengurusan jenazah, pengurusan haji dan penyembelihan. Di situ, saya telah mendapat pengalaman yang Insyallah boleh menjadi bekalan buat diri saya untuk masa yang akan datang. Saya masih ingat lagi lawatan pasca-PMR ke Tanah Tinggi Genting dan Kuala Lumpur. Di sana, ukhwah antara saya dan sahabat-sahabat semakin mantap. Kami berseronok dan berhibur dengan permainan dan hiburan yang ada di sana.

Deduksinya, apabila saya mengimbas kembali peristiwa pahit dan manis yang telah lalu di Al-Mashoor, kalbu saya sebak dan saya merindui sekolah ini. Harapan saya agar saya dapat berjumpa dengan sekalian warga Al-Mashoor tidak kira tenaga pendidik, sahabat-sahabat seperjuangan, staf-staf sokongan dan pihak-pihak swasta (cleaner dan jurujual di kantin). MAri kita sama-sama berdoa agar dipanjangkan umur agar kita semua dapat bertemu lagi pada masa yang akan datang.

Sekian dari bumi waqafan saya ucapkan.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Jazakallahu khairan.

Mohamad Aiman Hamzah Bin Mohamad Nasir
3 Zaid (2011)

Aiman Hamzah

Posts : 8
Join date : 08/04/2010
Age : 20
Location : Minden, Pulau Pinang, Malaysia

View user profile http://aimanhamzah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: apa yg seronok kat al mashoor

Post  Sponsored content Today at 08:47


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum